Pada suatu hari, di bulan Ramadhan, Syeikh Dr Said Ramadan al Buti
berhajat ingin ke pasar. Lalu Syeikh mengenakan pakaian serba putih, berjubah dan berkopiah putih, pakaian bagi seorang ulama'. .
Ketika Syeikh berjalan ke kawasan pasar, datang lah seorang lelaki di
hadapan Syeikh, yg berpakaian agak tidak sopan. Lantas lelaki tersebut
mengeluarkan sebatang rokok dari poket seluarnya dan menghisap hembus
asap rokoknya tepat2 di hadapan Syeikh. .
Muka Syeikh menjadi
merah, api kemarahan nya mula menyala-nyala tapi tidak sempat Syeikh
hendak menegur lelaki tersebut, terdetik satu perasaan di dalam hati
Syeikh. .
Apakah asbab aku ingin memarahi lelaki tersebut, apakah
yg menjadi kayu api yg menyemarakkan kemarahanku, adakah kerana aku
benar-benar membenci kemungkaran yang lelaki itu lakukan di hadapanku,
atau kerana aku berpakaian jubah dan berkopiah, lantas aku marah dengan
tindak tanduk lelaki tersebut yang langsung tidak menghormati statusku
sebagai seorang ulama'.Astaghfirullah...... Lalu, Syeikh pulang ke rumah
dan memuhasabahkan dirinya. .
Begitulah Ulama' Rabbani, yang
begitu teliti dalam setiap amalannya. Bagaimana pula dengan kita? Apakah
sebab utama kita berdakwah dan menegur kesilapan orang lain, adakah
kerana kita benar-benar ingin menunaikan perintah Ilahi atau ingin
sekadar mementingkan kepentingan dan maruah peribadi? Perhatikanlah hati
masing-masing, dan binalah niat berdakwah yang suci. .
Sayangilah mad`u anda.. Benci lah kemaksiatan yang mereka lakukan, bukan membenci kepada mereka.
Gambar Suatu ketika Dahulu As Syahid Mimbar Al Marhum, Al-‘Allamah
Syaikh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti ketika di Bumi Tarim.
____________________
Allahuma sholii alaa sayyidina muhammad wa alaa aalihi wa shohbihi wa salim ~
No comments:
Post a Comment